Saturday, October 13, 2012

Pada suatu masa dulu, macam cerita hikayat pulak. Pada 10 Oktober 2012 yang lalu, Prof bersama rakan-rakan prof yang lain telah mengikuti Seminar Renewable Energy & Energy Efficiency atau dalam bahasa Melayunya Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga. Seminar ini bertempat di Dewan Kuliah IPG KPT yang bermatlamat memberi kesedaran terhadap kepentingan menggunakan tenaga dengan bijak dan cekap dan tenaga-tenaga yang boleh diperbaharui.

Seminar ini telah disampaikan oleh Prof Dr Azlan Abu Hassan wakil dari CETREE. Apa itu CETREE? CETREE ialah Center For Education, Training and  Research in Renewable Energy  and Energy Efficiency (panjang betul namanya) mula beroperasi sejak 2 Oktober 2000 dan dirasmikan pada 29 Julai 2002 yang berpusat di Bangunan Eureka, USM Pulau Pinang. Untuk pengetahuan pembaca sekelian, CETREE telah bekerjasama dengan Kerajaan Denmark berkenaan tenaga diperbaharui sejak awal 90-an lagi.

Banyak input-input yang bermanfaat diperoleh sepanjang seminar tersebut. Dan yangpaling menarik ialah van yang menggunakan tenaga suria dan bahan api minyak masak untuk beroperasi. This is true inovation. So cool. Selesai seminar, Prof pun bergerak ke Makmal Biologi untuk aktiviti LDK dimana dalam aktiviti ini Prof bersama ahli kumpulan dikehendaki mencipta satu model daripada bahan-bahan terbuang yang telah diberikan oleh pihak CETREE. Kami telah bersepakat untuk menghasilkan kapal layar yang menggunakan teknologi hembusan nafas untuk berlayar (dewa kan inovasi kami ni?) dan snorkeling set. Boleh la tengok gambar-gambar kat bawah ni untuk mendalami apa yang kami lalui hari tu. 

Prof Dr Azlan Abu Hasan Bukan Adnan Abu Hassan yang buat lagu tu.

Prof Comot 2 dan Prof Comot 3.

Menahan tinja.

Bagi botol plastik, cuba la bagi botol kaca. Baru boleh buat keta kebal sebijik.

Layar mencanak tinggi. Nak dapat angin fresh katanya.

Teknologi hembusan angin. Mana nak dapat teknologi ni bro.

Tak hembus, tak jalan. Hampeh betul. Haha.

Tuesday, October 9, 2012

Jamie Oliver, seorang chef selebriti, yang terkenal berasal dari United Kingdom dan terkenal dengan rancangan masak-memasak (bukan pikir masak-masak), buku resepi masakan, buku makanan dan buku 3 lima. Beliau juga amat terkenal dengan kempen yang dikelolakan olehnya berkenaan penentangan terhadap makanan yang diproses (nugget, hot dog, burger, etc) dijual kepada pelajar di sekolah-sekolah sekitar UK. Dalam kempen tersebut juga beliau menggesa agar mereka meningkatkan amalan diet dan masakan yang tidak sihat dikalangan masyarakat UK dan USA.

Didalam video yang saya kepilkan di bawah, Jamie atau lebih mesra dipanggil Abang Jem ada membuat satu eksperimen dengan kanak-kanak berkenaan nugget ayam. Eksperimen ini dijalankan dengan mempertontonkan kepada mereka tentang cara membuat nugget ayam yang diamalkan oleh industri sekarang.

Keputusan eksperimen itu amat mengejutkan sekali dimana kanak-kanak lebih memilih nugget walaupun bagi saya ia amat menjijikkan untuk melihat bagaimana nugget dihasilkan tapi kanak-kanak lebih memilih nugget itu berbanding daging ayam sebenar.

Apa-apa pun, bagi mengetahui dengan lebih lanjut, Cekik daud video bawah ni.


Dah kalau camni gaya budak-budak sekarang, sapa yang kita perlu salahkan? ibu bapa? Pengusaha makanan segera? Cikgu? Doktor? Majistret? Penyanyi? Parti politik?



nota kaki beckham: Selamat hari lahir John Lennon!

Saturday, October 6, 2012

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian. Kita berjumpa lagi dalam entri yang terbaru ni. Jangan ingat Prof Comot dah siap membentang blog dan analisis ni Prof nak diam je ye. Hehe.

Minta maaf la lama tak update ini blog. Dah bersawang dah orang kata. Tapi takpa, bagi tidak menghampakan pembaca-pembaca blog Prof, Prof akan up satu entri yang terbaik punyeee.

Ini dia. Mohon enjoice dan hadam sampai paham. Cekik Daud yowww.


Menakutkan tak? Sumber dari Blogserius

Sunday, September 30, 2012

Pos entri sebelum ini, Prof ada laporkan berkenaan dengan pameran reka cipta dan inovasi. Di pameran tersebut juga, Prof sempat mengadakan satu soal selidik berkenaan pengambilan gula dalam kalangan warga institut dari umur 17 tahun hingga 50 tahun.

Berikut adalah analisis soal selidik berkenaan.

Graf berkenaan jumlah bilangan sudu teh gula yang diambil oleh responden lelaki untuk satu hari.

Graf berkenaan jumlah bilangan sudu teh gula yang diambil oleh responden perempuan untuk satu hari.
Purata pengambilan gula (bilangan sudu teh) bagi responden lelaki dan perempuan.

Secara pukul rata (purata), responden lelaki lebih banyak mengambil gula dalam satu hari berbanding dengan responden perempuan iaitu 9 sudu teh bagi responden lelaki manakala 5 sudu teh bagi perempuan.

Bagi jumlah pengambilan air berkarbonat ataupun air bergas ataupun minuman ringan pula berikut adalah analisisnya.

Graf berkenaan jumlah bilangan sudu teh gula yang diambil oleh responden lelaki untuk satu hari.

Graf berkenaan jumlah bilangan sudu teh gula yang diambil oleh responden perempuan untuk satu hari.

Graf purata berkenaan jumlah bilangan sudu teh gula yang diambil oleh responden lelaki untuk satu hari.

Secara puratanya, warga institut berjantina lelaki lebih banyak mengambil air berkarbonat yakni sebanyak 5 tin sebulan walhal perempuan pula hanya 2 tin sebulan.


Berikut adalah analisis berkenaan kepekaan responden terhadap pengambilan gula dalam kehidupan seharian mereka.

Carta pai berkenaan kepekaan responden lelaki terhadap pengambilan gula harian mereka.

Carta pai berkenaan kepekaan responden perempuan terhadap pengambilan gula harian mereka.


Bagi responden lelaki, sebanyak 50% menyatakan mereka peka terhadap pengambilan gula setiap hari. Manakala 50% responden tidak peka akan pengambilan gula setiap hari.


Bagi responden perempuan, sebanyak 55.56% menyatakan bahawa mereka peka dengan pengambilan gula mereka setiap hari. Dan selebihnnya sebanyak 44.44% menyatakan mereka tidak peka dengan pengambilan gula setiap hari

Pada 21 September 2012 yang lalu iaitu hari Jumaat, satu pameran tentang inovasi dan reka cipta bagi memenuhi kehendak tugasan subjek yang Prof pelajari semester ini iaitu SCE 3114 Sains, Teknologi dan Masyarakat (walaupun Prof dah jadi profesor, tapi masih tetap belajar lagi ye adik-adik). Pameran ini disertai hampir 12 kumpulan yang terdiri daripada guru pelatih dari 8 PISMP Sains 1 dan 2. Pameran ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari bertempat di laluan pejalan kaki berhadapan dengan Jabatan Sains dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Bersempena dengan pameran ini, Prof Comot 1 bersama-sama Prof Comot 2 dan Prof Comot 3 telah bersepakat untuk mengadakan satu pameran kesedaran tentang budaya pengambilan gula secara berlebihan di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, Prof juga sempat mengadakan sedikit tinjauan tentang pengambilan dikalangan warga institut. Alhamdulillah, sambutan yang hangat diterima daripada peminat-peminat Prof. (macam artis tu haha)

Prof juga sempat melawat booth rakan-rakan yang lain. Bukan calang-calang diorang punya inovasi adik-adik. Power-power belaka. Ada yang buat air, ada yang buat kereta solar, ada yang buat model rumah juta-juta, ada yang main gegar-gegar check stability, ada yang buat baju sampah. 

Sampah pun boleh jadi baju. Nampak tak dia punya inovasi tu dewa tak dewa.

Pendek kata, Prof bangga ada kawan-kawan kreatif dan inovatif macam diorang.

Memang happening dan enjoice la pameran ni. Untuk berkongsi enjoice dan happening tu, Prof ada selit gambar-gambar kat bawah ni. Cekik daud yo!

Black bersama inovasi yang tak basi.


Rancak mengisi markah.


Abiang Tony Jaa bersama kereta solarnya.

Entah.

Puan Nordiana tengok kamera.

Inovasi juga terilham melalui secangkir teh.

Yang baju hijau tu bekas ratu kebaya bawah 12 tahun.







Monday, September 24, 2012

Prof Comot 1 beri penerangan.

Adek-adek mendengar.

Dr Siti bagi markah.

Dr Siti mendengar penerangan tentang gula.

Menunjukkan muscle kepada Dr Siti

Sunday, September 23, 2012


antara produk yang menggunakan pemanis tiruan

Prof telah tunjukkan banyak produk yang telah menggunakan pemanis tiruan sebagai bahan-bahan di dalamnya. Akibat pemanis tiruan ini berkali ganda manis dan tidak mengakibatkan kegemukkan, penggunaannya amat meluas. Prof percaya yang adik-adik mengambilnya setiap hari bukan??